14 Ogos 2015

"Murid Sihat Tanpa Dadah"

Pada 17 April 2017 , Unit Kokurikulum SMK (P) Kapar telah mengadakan Pertandingan K-Robik iaitu senamrobik peringkat sekolah yang disertai oleh setiap wakil rumah sukan seramai 10 orang sebagai aktiviti PPDa kearah mengamalkan gaya hidup sihat.

Pertandingan K-Robik mendapat sambutan yang sangat meriah oleh peserta pada setiap tahun. Agenda pertandingan ini diadakan untuk menarik minat pelajar mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah. 

Najis dadah yang berbahaya terlalu mudah mempengaruhi remaja pada masa kini. Justeru itu pihak ppda mengadakan pertandingan ini untuk menjadikan warga SMK (P) Kapar sihat tanpa dadah. 

Hadiah lumayan diberikan kepada peserta yang mendapat Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan seterusnya Saguhati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan