Memaparkan catatan dengan label #rawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #rawatan. Papar semua catatan

10 Julai 2015

RAWATAN & PERUBATAN

Apakah itu Methadone?
Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur. Tempoh pengambilan methadone ialah sehingga seseorang individu pulih dan tidak memerlukan pergantungan terhadap dadah.
Siapakah yang layak mengambil methadone?
·         Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.
·         Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.
·         Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.
·         Tiada masalah perubatan dan mental akut.

Apakah faedah daripada pengambilan methadone?
·         Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.
·         Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.
·         Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.
·         Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.
·         Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Bolehlah wanita hamil mengambil methadone?
Wanita hamil boleh mengambil atau mengikuti rawatan methadone. Pengambilan methadone semasa hamil boleh mencegah keguguran dan tekanan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan kepada bayi.
Bagaimana seseorang individu boleh mendapatkan rawatan methadone?
Beliau boleh mendapatkan rawatan methadone dengan percuma dari mana-mana cawangan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) atau Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh Negara yang mempunyai Pegawai/Pakar Perubatan bertauliah bagi menilai tahap kesihatan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan detoksifikasi?

Detoksifikasi adalah satu intervensi bertujuan untuk merawat intoksikasi akut dan gejala tarikan menggunakan ubat-ubatan. Detoksifikasi merupakan satu kaedah untuk mengeluarkan dadah dari sistem badan. Proses detoksifikasi adalah tempoh yang diperlukan oleh sistem fisiologi badan yang sedang membuat menyesuaian tanpa dadah.

Perkhidmatan di AADK

 Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP)  telah mengambil inisiatif melaksanakan transformasi terhadap pendekatan program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) demi mencapai visi dan misi agensi.
Visi
Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi.
Misi
Memberi Khidmat Rawatan Dan Pemulihan Secara Menyeluruh (Holistik).
 Moto
Kepulihan Anda Keprihatinan Kami.
 Objektif
·         Merawat Dan Memulihkan Pengguna, Penyalahguna Dan Penagih Dadah.
·         Mendampingi Kumpulan Berisiko.
·         Menjalankan Program Pencelahan (Intervensi) Dalam Kalangan Kumpulan Berisiko.

1) Klinik Cure & Care 1Malaysia
2) Cure & Care Rehabilitation Centre(CCRC)
3) Cure & Care Vocational Centre (CCVC)
4) Cure & Care Service Centre (CCSC)
5) Caring Community House (CCH)
Description: c&c
Description: rumah komuniti
Description: ccvc
Description: ccsc
Description: rumah komuniti

1.      Klinik Cure & Care 1Malaysia
Satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan tentang permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Tiada sebarang bayaran, pra-syarat dan implikasi perundangan yang akan dikenakan terhadap klien.
2.      Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)
Cure & Care Rehabilition Centre ialah pusat rawatan dan pemulihan kepada klien yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
3.    Cure & Care Vocational Centre (CCVC)
CCVC adalah singkatan kepada Cure and Care Vocational Centre (CCVC). CCVC sebelumnya dikenali Institut Kemahiran dan Latihan Sepang (IKHLAS) dimana kemasukan ke institusi ini dibuat secara kompulsori terhadap penghuni-penghuni pra-bebas (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Nasional (PUSPEN) seluruh negara. Diantara syarat kemasukan untuk mengikuti latihan kemahiran vokasional di CCVC ialah berumur 18-45 tahun dan mempunyai asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M).
Antara kursus-kursus yang ditawarkan di CCVC Sepang :
·         Pengangkutan
·         Pemesinan & Peralatan
·         Pertanian & Asas Tani
·         Hiasan Dalaman
·         Seni & Kebudayaan
·         Perkhidmatan & Penyelenggaraan Mekanikal

4.    Cure & Care Service Centre (CCSC)
(CCSC) adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dgn permasalahan dadah. CCSC menawarkan dua perkhidmatan iaitu:
·         Jagaan harian (daycare) - perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara harian sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
·         Residensi - perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara menawarkan penginapan bagi tempoh 1 – 3 bulan.
5.    Caring Community House (CCH)
CCH menawarkan perkhidmatan :
·         Program Bimbingan.
·         Program Kerohanian dan Keagamaan.
·         Pusat khidmat nasihat untuk individu / komuniti mendapatkan maklumat umum berkaitan dadah

·         Pusat aktiviti rawatan dan pemulihan serta pencegahan dadah.