Bilik sumber ditubuhkan bertujuan untuk memberikan sepenuh maklumat tentang D.I.R.H.A.P kepada pelajar . contohnya seperti Jenis-jenis , kesan penggunaan , akta dan sebagaibya . Kami menyediakan bilik sumber ppda ini dengan daya kreativiti Ahli ppda dan slad yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4 dan 5 .
Justeru itu , pelajar dapat mengetahui segala maklumat tentang D.I.R.H.A.P .
16 Julai 2015
15 Julai 2015
Pencapaian & Kejayaan PPDa SMK (P) Kapar
Sejak diwujudkan program PPDa,SMKPK telah melakar kejayaan apabila Bilik Sumber PPDa SMK (P) Kapar telah meraih pelbagai kejayaan.
Antaranya ialah :
- TEMPAT KE-4 BILIK SUBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2012
- JOHAN
PERTANDINGAN BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI
SELANGOR TAHUN 2013
- MEWAKILI
NEGERI SELANGOR DALAM PERTANDINGAN BILIK SUMBER
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014
- TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2014
- ANUGERAH PENCAPAIAN UNGGUL BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN
2014
- JOHAN PERTANDINGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2014
- JOHAN SEKOLAH PENYERTAAN TERBANYAK SKIM
LENCANA ANTI DADAH TAHUN 2014
- NAIB
JOHAN ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK SKIM LENCANA ANTI DADAH
TERBAIK NEGERI SELANGOR TAHUN 2014
- ANUGERAH KEPIMPINAN PENGURUSAN PPDa TERBAIK NEGERI SELANGOR
- ANUGERAH PENCAPAIAN UNGGUL BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2014
- JOHAN PERTANDINGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2014
- JOHAN SEKOLAH PENYERTAAN TERBANYAK SKIM LENCANA ANTI DADAH TAHUN 2014
- NAIB JOHAN ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK SKIM LENCANA ANTI DADAH TERBAIK NEGERI SELANGOR TAHUN 2014
- Program PPDa, SMKPK telah mendapat pengiktirafan daripada PPD Klang, di atas kecemerlangan Pengurusan Bilik Sumber dan telah mendapat johan dua kali berturut-turut dalam Pertandingan Bilik Sumber Cemerlang Daerah Klang. Sijil dan Trofi dipamerkan di dalam Bilik Sumber PPDa.
Pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan
SMK (P) Kapar telah mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat kebangsaan pada tahun 2014. SMK (P) Kapar telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
14 Julai 2015
13 Julai 2015
JENIS DADAH OPIAT DAN SINTETIK
MAKLUMAT ASAS
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.
JENIS-JENIS
-Opium (candu)
-Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
-Morfin (pokteh)
-Kodein(ubat batuk)
-Opium (candu)
-Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
-Morfin (pokteh)
-Kodein(ubat batuk)
KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.
Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.
MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius. Kesan overdos Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia, pernafasan berhenti dan sawan.
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi.
Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi
dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi
menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan
daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfina
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah
- Bentuk blok / serbuk
- Bertanda "999"
- Mengandungi 70% - 90% morfin
- Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
- Seperti serbuk kopi halus
- Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
- Mengandungi morfin sulfat /
morfin hidroklorid
- Pil kecil berwarna putih /
coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap
disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah
serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan
morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti
"methadone", "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa
dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan.
Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara
kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
12 Julai 2015
Langgan:
Catatan (Atom)
-
MAKLUMAT ASAS Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari seje...