Memaparkan catatan dengan label #pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #pengenalan. Papar semua catatan

18 Ogos 2015

SMK (P) KAPAR

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar

Alamat          : SMK (P) Kapar, Persiaran Hamzah Alang, 42200 Kapar, Klang Selangor Darul Ehsan
Kod sekolah  : BEA0101
Tel                 : 03-32506565
Fax                : 03-32501049
E-mail           : bea0101@btpnsel.edu.my


Vision:
Quality education
Educated people
Prosperous country



Mission :
Preserve the quality of  the education system 
to develop individual potential to fulfill the aspirations of country



Goal :
To objectify the vision and mission
 to produce people who are full of knowledge, competitive and have a good attitude

16 Ogos 2015

Pengenalan Admin



NAZHARILIYA SHUHADA BINTI AHMAD SUHAIMI
5 TEKNOLOGI MAKLUMAT




NORAZIERA BINTI MASHIR
5 TEKNOLOGI MAKLUMAT


       


NURUL HASANAH BINTI ABDUL SATAR
5 TEKNOLOGI MAKLUMAT



NUR SYARFA SHAFINA BINTI NOR ELLEY
5TEKNOLOGI MAKLUMAT



MIZAN ADILAH BINTI AZHAR
4 SAINS 1



SITI NUR IZZAH HANI BINTI NGABDUL BASIR
4 SAINS 1


15 Ogos 2015

Kawasan persekitaran SMK (P) Kapar









Penubuhan awal SMK (P) Kapar

SEJARAH SEKOLAH

1990

  • Dibina pada 16.07.1990
  • Ditubuhkan di kawasan seluas 11.3 ekar dengan 2 blok dan 1 kantin
  • Bilangan pelajar seramai 648 orang dan 34 orang guru
  • Pengetua pertama : Puan Hajh Siti Fatimah Binti Mat Tamin
  • Penolong kanan 1 pertama : Puan Amiah Binti Hassan
  • Penolong Kanan HEM pertama : Puan Ngadinah Bt Sukim

1991

  • Penubuhan PIBG
  • YDP PIBG pertama : Encik Kamarudin Bin Abd Rahman (Penghulu Kapar)
  • Pemakaian Lencana Sekolah dicipta oleh : Noridah Ismail 2K1
  • Terdapat 2 sesi persekolahan 
  • Pelancaran lagu sekolah - Lirik :Encik Ismail Sarbini - Lagu : Encik Kasbari
  • Pelancaran bendera sekolah
  • Pelancaran budaya sekolah

1992

  • Terpilih menyertai projek SUPERB (Sekolah Untuk Perbandingan)
  • Pembinaan bilik kebal

1993

  • Pelancaran Piagam Sekolah
  • Pembinaan rumah hijau dan ternakan
  • Bilik Kebal beroperasi pertama kali untuk SPM 1993
  • Kelas Bahasa Arab ditubuhkan untuk Tingkatan 1

BARISAN PENTADBIRAN

PENGETUA

  1. Pn. Hajah Siti Fatimah Binti Mat Tamin (1990-1995)
  2. Pn. Rokiah Binti Baharom (1995-1998)
  3. Datin noraihan Binti Idris (1998-2004)
  4. Pn. Hajah Rosnah Binti Ali (2004-2010)
  5. Pn. Hajah Meriam Binti Hussin (2011-2012)
  6. Datin Fuziah Binti Mahmud (2013)
  7. Datin Nor Faridah Binti A. Bakar (2013-2015)
  8. Pn.Fauziah Bt Md Kassim (2015- kini)
PENOLONG KANAN
  1. Pn. Amiah Binti Hassan
  2. Pn. Raja Rozita Binti Raja Hanafi
  3. Pn. Norsalwati Binti Hassan
  4. Pn. Hanimah Binti Mohsin
PENOLONG KANAN HEM
  1. Pn. Ngadinah Binti Sukim
  2. Cik Rosidah Binti Shamsudin
  3. Pn. Junainah Binti Yaakob
  4. Pn. Che Noor Aizam Binti Sheikh Abdullah
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
  1. Puan Noriza Binti Tokiran
  2. Puan Siti Dinar Binti Hamid
  3. Puan Rusmah Binti Baharuddin
PENOLONG KANAN PETANG
  1. Pn. Umrah Binti Daliman
  2. Pn. Kalsom Binti Marjan
  3. Puan Normawati Binti Mat Job
  4. Puan Aliah Binti Ngah Tasir
  5. Pn. Siti Dinar Binti Hamid
  6. Pn. Che Noor Aizam Binti Sheikh Abdullah
  7. Datin Maznah Binti Abu Hassan

20 Julai 2015

Sejarah PPDa SMK (P) Kapar

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.


Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.


Pada 28 Februari 1983, JK Kabinet Antidadah telah mengistiharkan ’Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. 


Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. Pendidikan bukan sahaja penting dalam pembentukan generasi berilmu, malah ia turut menjadi penggerak cita-cita masyarakat untuk membentuk nilai dan maruah bangsa dan negara tanpa ada penghalang terhadap perkembangan pemetaan minda yang menjadi sia-sia atau khayalan dengan dadah. Justeru itu, perancangan dalam bentuk penerangan amat penting agar generasi muda benar-benar faham akan bahaya Dadah, Inhalan, Rokok, HIV-AIDS, Alkohol & Pergaulan bebas (D.I.R.H.A.P) sebagai satu musuh yang amat merbahaya. 


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya. Oleh itu, SMK (P) Kapar merasakan amat perlu untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di sekolah bagi memberikan maklumat  berkaitan D.I.R.H.A.P kepada murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.


Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23). Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah. Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.

16 Julai 2015

BILIK SUMBER PPDA SMK (P) KAPAR

Bilik sumber ditubuhkan bertujuan untuk memberikan sepenuh maklumat tentang D.I.R.H.A.P kepada pelajar . contohnya seperti Jenis-jenis , kesan penggunaan , akta dan sebagaibya . Kami menyediakan bilik sumber ppda ini dengan daya kreativiti Ahli ppda dan slad yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4 dan 5 .

Justeru itu , pelajar dapat mengetahui segala maklumat tentang D.I.R.H.A.P .















15 Julai 2015

Pencapaian & Kejayaan PPDa SMK (P) Kapar

Sejak diwujudkan program PPDa,SMKPK telah melakar kejayaan apabila Bilik Sumber PPDa SMK (P) Kapar telah meraih pelbagai kejayaan. 

Antaranya ialah :

  • TEMPAT KE-4 BILIK SUBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2012
  • JOHAN PERTANDINGAN  BILIK SUMBER  PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013
  • MEWAKILI NEGERI SELANGOR DALAM PERTANDINGAN BILIK SUMBER  PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014
  • TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN BILIK SUMBER  PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

  • ANUGERAH PENCAPAIAN UNGGUL  BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2014
  • JOHAN PERTANDINGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH  TAHUN 2014
  • JOHAN SEKOLAH PENYERTAAN TERBANYAK SKIM LENCANA ANTI DADAH TAHUN 2014
  • NAIB  JOHAN ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK SKIM LENCANA ANTI DADAH TERBAIK NEGERI SELANGOR TAHUN 2014

  • ANUGERAH KEPIMPINAN  PENGURUSAN PPDa TERBAIK NEGERI SELANGOR


  • Program PPDa, SMKPK telah mendapat pengiktirafan daripada PPD Klang, di atas kecemerlangan Pengurusan Bilik Sumber  dan telah mendapat johan dua kali berturut-turut dalam Pertandingan Bilik Sumber Cemerlang Daerah Klang. Sijil dan  Trofi dipamerkan di dalam Bilik Sumber PPDa.

Pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan

SMK (P) Kapar telah mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat kebangsaan pada tahun 2014. SMK (P) Kapar telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut.











Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.