MAKLUMAT ASAS
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.

JENIS-JENIS
-Opium (candu)
-Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
-Morfin (pokteh)
-Kodein(ubat batuk)
-Opium (candu)
-Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
-Morfin (pokteh)
-Kodein(ubat batuk)
KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius. Kesan overdos Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia, pernafasan berhenti dan sawan.
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi.
Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi
dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi
menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan
daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfina
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah
- Bentuk blok / serbuk
- Bertanda "999"
- Mengandungi 70% - 90% morfin
- Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
- Seperti serbuk kopi halus
- Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
- Mengandungi morfin sulfat /
morfin hidroklorid
- Pil kecil berwarna putih /
coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap
disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah
serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan
morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti
"methadone", "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa
dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan.
Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara
kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan