MAKLUMAT ASAS
Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan
sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang
itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan,
dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk
tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang
disalahgunakan.
JENIS-JENIS
Pil tidur dan trankuiliser (dormicum, up john,
dormi, eramin 5, apo, somese, blank, robot, roche, button, valium, librium,
tauxene, ativan, Xanax dan lora).
KESAN PENGAMBILAN
Penagih depresen akan berasa khayal, peluh berlebihan, terhoyong-hayang dan juga pengecilan anak mata. Penggunaaan yang regular menyebabakan toleran dan kebergantungan berpanjangan. Selain itu, dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan akhirnya kematian
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan kemalangan , gejala penyakit mental seperti keresahan melampau, kemurungan, dan psikosis, I juga memyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan