• Pesanan kepada seluruh remaja yang belum terlibat atau terjebak dengan dadah janganlah sesekali ingin mencuba. Kerana sikap ingin tahu yang berlebihan kepada dadah akan memusnahkan kehidupan kita sendiri dan membuatkan kita merana seumur hidup.
• Langkah untuk melibatkan diri dengan dadah amat mudah sekali tetapi untuk keluar daripadanya amat sukar sekali. Oleh itu, remaja janganlah mudah terleka dan terpesona dengan kehidupan yang penuh dengan kepalsuan. Janganlah sekali-kali cuba untuk mendekati dadah kerana padahnya begitu azab sekali.
• Ikutlah nasihat dan kata-kata ibubapa kerana mereka tidak akan mensia-siakan hidup kita. Janganlah berbantah-bantah dan tidak mahu mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka. Tidak ada seorang pun ibubapa di dunia ini yang menginginkan anak mereka menjadi tidak berguna. Oleh itu, yakinlah bahawa apa sahaja tindakan ibubapa adalah untuk kebahagiaan kita. Ingatlah para remaja sekalian “Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan