15 Ogos 2015

Kawasan persekitaran SMK (P) Kapar









Penubuhan awal SMK (P) Kapar

SEJARAH SEKOLAH

1990

  • Dibina pada 16.07.1990
  • Ditubuhkan di kawasan seluas 11.3 ekar dengan 2 blok dan 1 kantin
  • Bilangan pelajar seramai 648 orang dan 34 orang guru
  • Pengetua pertama : Puan Hajh Siti Fatimah Binti Mat Tamin
  • Penolong kanan 1 pertama : Puan Amiah Binti Hassan
  • Penolong Kanan HEM pertama : Puan Ngadinah Bt Sukim

1991

  • Penubuhan PIBG
  • YDP PIBG pertama : Encik Kamarudin Bin Abd Rahman (Penghulu Kapar)
  • Pemakaian Lencana Sekolah dicipta oleh : Noridah Ismail 2K1
  • Terdapat 2 sesi persekolahan 
  • Pelancaran lagu sekolah - Lirik :Encik Ismail Sarbini - Lagu : Encik Kasbari
  • Pelancaran bendera sekolah
  • Pelancaran budaya sekolah

1992

  • Terpilih menyertai projek SUPERB (Sekolah Untuk Perbandingan)
  • Pembinaan bilik kebal

1993

  • Pelancaran Piagam Sekolah
  • Pembinaan rumah hijau dan ternakan
  • Bilik Kebal beroperasi pertama kali untuk SPM 1993
  • Kelas Bahasa Arab ditubuhkan untuk Tingkatan 1

BARISAN PENTADBIRAN

PENGETUA

  1. Pn. Hajah Siti Fatimah Binti Mat Tamin (1990-1995)
  2. Pn. Rokiah Binti Baharom (1995-1998)
  3. Datin noraihan Binti Idris (1998-2004)
  4. Pn. Hajah Rosnah Binti Ali (2004-2010)
  5. Pn. Hajah Meriam Binti Hussin (2011-2012)
  6. Datin Fuziah Binti Mahmud (2013)
  7. Datin Nor Faridah Binti A. Bakar (2013-2015)
  8. Pn.Fauziah Bt Md Kassim (2015- kini)
PENOLONG KANAN
  1. Pn. Amiah Binti Hassan
  2. Pn. Raja Rozita Binti Raja Hanafi
  3. Pn. Norsalwati Binti Hassan
  4. Pn. Hanimah Binti Mohsin
PENOLONG KANAN HEM
  1. Pn. Ngadinah Binti Sukim
  2. Cik Rosidah Binti Shamsudin
  3. Pn. Junainah Binti Yaakob
  4. Pn. Che Noor Aizam Binti Sheikh Abdullah
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
  1. Puan Noriza Binti Tokiran
  2. Puan Siti Dinar Binti Hamid
  3. Puan Rusmah Binti Baharuddin
PENOLONG KANAN PETANG
  1. Pn. Umrah Binti Daliman
  2. Pn. Kalsom Binti Marjan
  3. Puan Normawati Binti Mat Job
  4. Puan Aliah Binti Ngah Tasir
  5. Pn. Siti Dinar Binti Hamid
  6. Pn. Che Noor Aizam Binti Sheikh Abdullah
  7. Datin Maznah Binti Abu Hassan

14 Ogos 2015

"Murid Sihat Tanpa Dadah"

Pada 17 April 2017 , Unit Kokurikulum SMK (P) Kapar telah mengadakan Pertandingan K-Robik iaitu senamrobik peringkat sekolah yang disertai oleh setiap wakil rumah sukan seramai 10 orang sebagai aktiviti PPDa kearah mengamalkan gaya hidup sihat.

Pertandingan K-Robik mendapat sambutan yang sangat meriah oleh peserta pada setiap tahun. Agenda pertandingan ini diadakan untuk menarik minat pelajar mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah. 

Najis dadah yang berbahaya terlalu mudah mempengaruhi remaja pada masa kini. Justeru itu pihak ppda mengadakan pertandingan ini untuk menjadikan warga SMK (P) Kapar sihat tanpa dadah. 

Hadiah lumayan diberikan kepada peserta yang mendapat Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan seterusnya Saguhati.



Keratan Akhbar Berkaitan Dadah

















Bulan Hal Ehwal Murid dan PPDa 2015

Sempena bulan Hal Ehwal Murid Smk (P) Kapar 2015 , pihak sekolah telah bekerjasama dengan unit ppda untuk menganjurkan beberapa aktiviti bagi membentuk sahsiah murid .

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah ceramah-ceramah yang berkaitan dengan diri pelajar contohnya "Remaja dan Dadah" , "Taknak merokok!" , "Hindari HIV-AIDS" dan sebagainya


****

****

***

Keratan Akhbar Berkaitan D.A.R.I.H.












AIR KETUM SEJENIS DADAH

MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Kegunaannya banyak digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik.



  


JENIS-JENIS

Pokok Malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil.
2 jenis dedaun bertetulang. Satu berwarna merah dan yang satu lagi berwarna putih. (Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat).





KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dalam masa 5-10 minit setelah diambil dan tahan selama 6 jam. Ia mampu mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan penggunanya mengalami peningkatan tenaga fizikal dan batin serta keupayaan melakukan kerja berat atau kerja yang membosankan.


MENGAPA IANYA BERBAHAYA ?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan berat badan, sembelit dan juga insomnia.