10 Ogos 2015

Rokok Membahayakan Kesihatan


Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :
  • Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung.
  • Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah


Bagaimana merokok itu membahayakan?

  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah.
Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut:
  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
  1. Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  2. Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  3. Barah payudara: lebih 11 kali ganda
  4. Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  5. Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  6. Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  7. Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  8. Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  9. Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  10. Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda


Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang. Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

OTAK -  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

TELINGA  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak.

MATA - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya   penglihatan.
MULUT  -  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan  tekak.
               -  Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
               -   Gigi menjadi kuning.

HIDUNG - Mengurangkan deria bau.

KULIT  -  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut.

PARU-PARU - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.


Apakah kesan-kesan jangka panjang kepada peROKOK?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk


Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
  • Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
  • Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
  • Menyebabkan pencemaran udara
  • Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
  • Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan