24 Julai 2015

Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah

Pada 21/4/2015 pelajar SMK (P) Kapar telah didedahkan tentang bahaya dadah oleh pihak polis . agenda aktiviti ini dilakukan untuk menyedarkan dan memberi pengetahuan bahawa dadah itu bahaya bukan sahaja digunakan malah mendekati dadah juga berbahaya . 
Kami didedahkan dengan "keldai dadah" dan cara bagaimana anjing dapat mengesan dadah dengan tepat . 




Anjing ialah sejenis haiwan yang mampu mengesan sesuatu dengan tepat melalui deria bau





20 Julai 2015

Sejarah PPDa SMK (P) Kapar

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.


Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.


Pada 28 Februari 1983, JK Kabinet Antidadah telah mengistiharkan ’Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. 


Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. Pendidikan bukan sahaja penting dalam pembentukan generasi berilmu, malah ia turut menjadi penggerak cita-cita masyarakat untuk membentuk nilai dan maruah bangsa dan negara tanpa ada penghalang terhadap perkembangan pemetaan minda yang menjadi sia-sia atau khayalan dengan dadah. Justeru itu, perancangan dalam bentuk penerangan amat penting agar generasi muda benar-benar faham akan bahaya Dadah, Inhalan, Rokok, HIV-AIDS, Alkohol & Pergaulan bebas (D.I.R.H.A.P) sebagai satu musuh yang amat merbahaya. 


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya. Oleh itu, SMK (P) Kapar merasakan amat perlu untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di sekolah bagi memberikan maklumat  berkaitan D.I.R.H.A.P kepada murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.


Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23). Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah. Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.