11 Julai 2015

Pertandingan video Anti DIRHAP




TEMPAT PERTAMA
Sinopsis - Menceritakan tentang seorang pelajar yang serba kekurangan sehingga menyebabkan dia tidak mampu membayar yuran sekolahnya. Desakan guru menyebabkan dia tertekan sehingga mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan cara pengedaran dadah .



TEMPAT KEDUA 
Sinopsis - Menceritakan tabiat merokok memberi impak buruk yang besar kepada individu, masyarakat dan negara .



TEMPAT KETIGA
Sinopsis - Menceritakan kesan buruk tabiat inhalan kepada individu ,
masyarakat dan negara.


Program 5 minit Anti Dadah


Program 5 minit Anti Dadah merupakan sebuah program sepanjang tahun yang bertujuan untuk menambah pengetahuan pelajar SMK (P) Kapar tentang dadah dan bahayanya. Aktiviti ini akan dijalankan oleh Pengawas PPDa seminggu sekali pada waktu pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

Objektif program ini adalah untuk sentiasa memberikan maklumat kepada pelajar tentang bahaya , jenis , kesan dan sebagainya yang berkaitan dengan dadah .











10 Julai 2015

RAWATAN & PERUBATAN

Apakah itu Methadone?
Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur. Tempoh pengambilan methadone ialah sehingga seseorang individu pulih dan tidak memerlukan pergantungan terhadap dadah.
Siapakah yang layak mengambil methadone?
·         Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.
·         Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.
·         Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.
·         Tiada masalah perubatan dan mental akut.

Apakah faedah daripada pengambilan methadone?
·         Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.
·         Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.
·         Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.
·         Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.
·         Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Bolehlah wanita hamil mengambil methadone?
Wanita hamil boleh mengambil atau mengikuti rawatan methadone. Pengambilan methadone semasa hamil boleh mencegah keguguran dan tekanan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan kepada bayi.
Bagaimana seseorang individu boleh mendapatkan rawatan methadone?
Beliau boleh mendapatkan rawatan methadone dengan percuma dari mana-mana cawangan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) atau Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh Negara yang mempunyai Pegawai/Pakar Perubatan bertauliah bagi menilai tahap kesihatan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan detoksifikasi?

Detoksifikasi adalah satu intervensi bertujuan untuk merawat intoksikasi akut dan gejala tarikan menggunakan ubat-ubatan. Detoksifikasi merupakan satu kaedah untuk mengeluarkan dadah dari sistem badan. Proses detoksifikasi adalah tempoh yang diperlukan oleh sistem fisiologi badan yang sedang membuat menyesuaian tanpa dadah.

Perkhidmatan di AADK

 Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP)  telah mengambil inisiatif melaksanakan transformasi terhadap pendekatan program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) demi mencapai visi dan misi agensi.
Visi
Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi.
Misi
Memberi Khidmat Rawatan Dan Pemulihan Secara Menyeluruh (Holistik).
 Moto
Kepulihan Anda Keprihatinan Kami.
 Objektif
·         Merawat Dan Memulihkan Pengguna, Penyalahguna Dan Penagih Dadah.
·         Mendampingi Kumpulan Berisiko.
·         Menjalankan Program Pencelahan (Intervensi) Dalam Kalangan Kumpulan Berisiko.

1) Klinik Cure & Care 1Malaysia
2) Cure & Care Rehabilitation Centre(CCRC)
3) Cure & Care Vocational Centre (CCVC)
4) Cure & Care Service Centre (CCSC)
5) Caring Community House (CCH)
Description: c&c
Description: rumah komuniti
Description: ccvc
Description: ccsc
Description: rumah komuniti

1.      Klinik Cure & Care 1Malaysia
Satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan tentang permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Tiada sebarang bayaran, pra-syarat dan implikasi perundangan yang akan dikenakan terhadap klien.
2.      Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)
Cure & Care Rehabilition Centre ialah pusat rawatan dan pemulihan kepada klien yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
3.    Cure & Care Vocational Centre (CCVC)
CCVC adalah singkatan kepada Cure and Care Vocational Centre (CCVC). CCVC sebelumnya dikenali Institut Kemahiran dan Latihan Sepang (IKHLAS) dimana kemasukan ke institusi ini dibuat secara kompulsori terhadap penghuni-penghuni pra-bebas (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Nasional (PUSPEN) seluruh negara. Diantara syarat kemasukan untuk mengikuti latihan kemahiran vokasional di CCVC ialah berumur 18-45 tahun dan mempunyai asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M).
Antara kursus-kursus yang ditawarkan di CCVC Sepang :
·         Pengangkutan
·         Pemesinan & Peralatan
·         Pertanian & Asas Tani
·         Hiasan Dalaman
·         Seni & Kebudayaan
·         Perkhidmatan & Penyelenggaraan Mekanikal

4.    Cure & Care Service Centre (CCSC)
(CCSC) adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dgn permasalahan dadah. CCSC menawarkan dua perkhidmatan iaitu:
·         Jagaan harian (daycare) - perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara harian sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
·         Residensi - perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara menawarkan penginapan bagi tempoh 1 – 3 bulan.
5.    Caring Community House (CCH)
CCH menawarkan perkhidmatan :
·         Program Bimbingan.
·         Program Kerohanian dan Keagamaan.
·         Pusat khidmat nasihat untuk individu / komuniti mendapatkan maklumat umum berkaitan dadah

·         Pusat aktiviti rawatan dan pemulihan serta pencegahan dadah.

5 Julai 2015

Alkohol dan Kesannya

Alkohol yang digunakan untuk minuman dibuat melalui proses penapaian atau penyulingan buah-buahan, sayur-sayuran atau bijirin. Antara bahan yang paling biasa digunakan ialah anggur, epal, beri dan pelbagai jenis bijirin dan sayuran. Daripada bahan-bahan inilah dihasilkan minuman seperti wiski, wain, bir, vodka, samsu dan lain-lain lagi. 

Jumlah peratusan alkohol di dalam sesuatu minuman tersebut adalah berbeza-beza dan perlu diberi perhatian. Misalnya di Malaysia, bir disulingkan sehingga mengandungi empat hingga lima peratus alkohol, stout lapan peratus,  wain 10% hingga 14%, manakala wiski, vodka atau brandi pula mengandungi 40% alkohol.

KESAN PENAGIHAN ALKOHOL

AMALAN meminum minuman keras atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk terutama sekali pada remaja kita masa kini. Masalah ini sama seriusnya dengan masalah-masalah sosial lain yang melanda negara kita. Malah masalah ini kian hari kian meruncing. Negara kita memerlukan generasi remaja yang sihat dan kuat untuk meneruskan cabaran pembangunan negara masa hadapan.

Kita tidak mahu lihat remaja kita lemah dan khayal dalam dunia mereka sendiri.  Larangan agama sememangnya berasas.  Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Selain  memabukkan alkohol juga memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan.  Minuman beralkohol umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.


Namun, memang ada sedikit manfaat alkohol seperti kegunaannya sebagai agen pembunuh kuman, penawar untuk keracunan metanol, atau agen penyejuk bagi melegakan demam panas. Namun begitu, memang tidak dapat disangkal bahawa keburukan daripada kesan meminum alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

  • Kesan pada otak

Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah.  Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang. Dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya pergerakan dan kelakuan si peminum akan dipengaruhi secara langsung. Inilah yang membuatkan kebanyakan kaki botol bertindak di luar batas kemanusiaan. Mereka sudah tidak lagi dapat berfikir dengan betul.

Di dalam otak alkohol akan menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

  • Kesan pada hati

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum mengambil alkohol, hatinya mendapat luka. Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

  • Kesan pada perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semaking teruk.

  • Kesan pada saraf
Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan  kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

  • Kesan pada janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi. 

  • Kesan-kesan lain

Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.
Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.


Kajian menunjukkan seramai 1400 pelajar kolej di Amerika Syarikat terbunuh pada setiap tahun berikutan pengambilan alkohol yang berlebihan. Di antara penyebab kematian adalah kemalangan motosikal dan kereta merupakan kes  yang paling kerap berlaku. Selain itu, laporan statistik berkenaan juga mendapati kematian akibat alkohol turut melibatkan kemalangan akibat terjatuh dan mati lemas.

Situasi tersebut secara tidak langsung menggambarkan pengambilan alkohol di kalangan pelajar di Amerika Syarikat khususnya remaja yang merupakan satu budaya yang sukar dihakis. Sudah tentu kita tidak mahu lihat remaja di negara kita mengalami nasib yang sama. Masa depan negara terletak di tangan mereka.