10 Julai 2015

RAWATAN & PERUBATAN

Apakah itu Methadone?
Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur. Tempoh pengambilan methadone ialah sehingga seseorang individu pulih dan tidak memerlukan pergantungan terhadap dadah.
Siapakah yang layak mengambil methadone?
·         Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.
·         Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.
·         Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.
·         Tiada masalah perubatan dan mental akut.

Apakah faedah daripada pengambilan methadone?
·         Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.
·         Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.
·         Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.
·         Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.
·         Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Bolehlah wanita hamil mengambil methadone?
Wanita hamil boleh mengambil atau mengikuti rawatan methadone. Pengambilan methadone semasa hamil boleh mencegah keguguran dan tekanan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan kepada bayi.
Bagaimana seseorang individu boleh mendapatkan rawatan methadone?
Beliau boleh mendapatkan rawatan methadone dengan percuma dari mana-mana cawangan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) atau Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh Negara yang mempunyai Pegawai/Pakar Perubatan bertauliah bagi menilai tahap kesihatan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan detoksifikasi?

Detoksifikasi adalah satu intervensi bertujuan untuk merawat intoksikasi akut dan gejala tarikan menggunakan ubat-ubatan. Detoksifikasi merupakan satu kaedah untuk mengeluarkan dadah dari sistem badan. Proses detoksifikasi adalah tempoh yang diperlukan oleh sistem fisiologi badan yang sedang membuat menyesuaian tanpa dadah.

1 ulasan: