14 Ogos 2015

AIR KETUM SEJENIS DADAH

MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Kegunaannya banyak digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik.



  


JENIS-JENIS

Pokok Malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil.
2 jenis dedaun bertetulang. Satu berwarna merah dan yang satu lagi berwarna putih. (Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat).





KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dalam masa 5-10 minit setelah diambil dan tahan selama 6 jam. Ia mampu mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan penggunanya mengalami peningkatan tenaga fizikal dan batin serta keupayaan melakukan kerja berat atau kerja yang membosankan.


MENGAPA IANYA BERBAHAYA ?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan berat badan, sembelit dan juga insomnia.

4 ulasan:

  1. Ngeri woooo jauhkanla kami budak2 muda n remaja bacalah ambik tau..... jgn smpai tjebak n ttarik dengan kesan singkat fk nak ke merana sepanjang hidup.... ko nak???? Sian mak bapak kite.. kecewa..

    BalasPadam