4 Julai 2015

Bengkel dan Mini Jambori ahli SLAD (Part 2)

Mini Jambori diadakan pada sebelah petang. Ahli SLAD dan pengawas PPDa  diagihkan kepada 10 kumpulan. Aktiviti Explorace PPDa dijalankan.

 


 Check point 1: lautan beracun
Cara : Dengan hanya menggunakan 6 helai kertas a4, setiap kumpulan perlu menyeberangi 'lautan'. Sesaran yang diberikan adalah sejauh 50 meter. kumpulan yang gagal perlu mengulang semula.
Rasional : Lautan beracun dianggap sebagai ancaman iaitu dadah, inhalan, rokok, HIV/Aids,Alkohol dan pergaulan bebas. Ahli kumpulan merupakan rakan sebaya yang bersama-sama menyelamatkan dan diselamatkan daripada terjatuh dan sekiranya mereka berpatah balik, itu bermakna masih ada sinar untuk mereka yang pernah terjerumus ke lembah kehinaan.


  


                         

                         

 

                                       Check point 2 : Cari harta dalam tepung
         Cara : Gunakan muka untuk menolak tepung dan keluarkan gula-gula atau getah dengan 
                                                        menggunakan gigi
      Rasional : Bukan mudah untuk mendapat ganjaran, kita perlulah bekerjasama dan berusaha.




Checkpoint 3 : Jalan berkumpulan
Cara : Kumpulan diikat dengan benang halus dan mereka perlu menjunjung belon berisi air sambil berjalan dalam jarak sesaran 100 meter
Rasional : memupuk sikap bekerjasama dan saling mempercayai antara ahli.

Bengkel & Mini Jambori Ahli SLAD telah dirasmikan oleh Pn. Nor Faridah Binti A. Bakar. Program tamat pada jam 4.30 petang. Respond yang baik diterima daripada semua yang hadir. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan